Memaparkan catatan dengan label Manuring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manuring. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2011

Manuring

Main store

sementara untuk transit

salah satu transport yang digunakan

 membaja

hasilnya....
Ada dua jenis baja yang biasa digunakan ;

a. baja tunggal
Baja tunggal adalah baja kimia yang mengandungi satu jenis nutrien utama dan merupakan baja yang penting di dalam perladangan pokok sawit. jenis baja tunggal untuk N<P<K Mg dan boron seperti,

Selasa, 21 Jun 2011

EFB mulching

3 MASALAH DALAM PENGGUNAANNYA.
1.    Boleh menjadi tempat pembiakan kumbang tanduk terutamanya bila tandan ditimbun tinggi
2.    Dikawasan yang berbukit dan berteres amat sukar untuk lori mahupun tractor untuk mengangkut terutamanya ketika musim hujan, jalan juga akan rosak jika EFB diangkut secara berterusan.
3.    Masalah pengangkutan terutamanya lori mahupun traktor yang terhad penggunaanya hanya ketika hasil kelapa sawit kurang.

EFB mulching


5 FAEDAH PENGGUNAAN EFB MULCHING.
1.  Tandan kosong (EFB) adalah sumber bahan organik yang baik serta sumber nutrien untuk pokok.   
2. Tandan kosong (EFB)  mengandungi jumlah yang tinggi Potassium (K) di mana 1 mt EFB memberi 7kg N (urea), 19.3 kg K(MOP) dan 2.8 kg P (Rock Phosphate).


3.    Tandan kosong (EFB) boleh membaiki struktur dan pengudaraan tanah.  Ia juga dapat membekalkan  bahan organik kepada tanah.
4.    Tandan kosong (EFB) dapat mengekalkan kelembapan tanah dan membaiki suhu tanah.
5.    Dapat membaik pulih tanah yang bermasalah kepada unsur-unsur nutrien seperti K, Ca, Mg dan pH tanah dapat ditingkatkan.
Contoh:

Kesan penggunaan tandan kosong ( EFB ) ke atas pokok muda dan
pertambahan hasil (Selangor Series)
Penggunaan                           Tahun  Pungut hasil (harvest)                        
1                                  2                       % Kenaikan
Baja bukan oranik                           13.7                            24.2                            -
Tandan kosong (EFB )                    16.3                            27.5                            + 16
Sumber : long et al..1988

EFB mulching

SUMBER PRODUK SAMPINGAN
Dengan keluasan 5000 ha. Ladang Ketengah Jaya Sdn. Bhd. mengeluarkan buah tandan segar (BTS) lebih kurang 200 mt/hari. Jika dikira hari bekerja 24 hari, ini bererti sudah ada 4800 mt/bulan. Jika tandan-tandan kosong ini tidak digunakan semula sebagai sungkupan (mulching), kilang kita akan menghadapi masalah untuk melupuskan tandan-tandan ini. Peraturan alam sekitar yang tidak membenarkan pembakaran secara terbuka dilakukan menambahkan lagi masalah di kilang sawit.

By-products ini boleh dimanfaatkan kepada pokok kelapa sawit muda mahupun yang telah matang. Dengan membuat mulching,  bukan sahaja kilang malah pihak ladang juga mendapat manfaat daripadanya. Apa yang pihak kilang perlukan hanyalah sebuah jentolak untuk memindahkan tandan ini ke ladang. Pihak ladang pula menyediakan lori mengangkut untuk memunggahkan tandan-tandan ini ke kawasan yang hendak dibuat mulching dan tempat pengumpulan.
Untuk pokok  muda tandan ini disusun di pangkal pokok sekurang-kurangnya satu lapisan dan 3-5 jalur sebanyak 30 tandan/pokok ataupun lebih kurang 15-30 mt/ha/tahun. Pada pokok matang lebih daripada 5 tahun tandan disusun mengikut lorong interrows mahupun di longgokkan pelepah kelapa sawit lebih kurang 1.5-1.8m lebar ataupun lebih kurang 25–40 mt/ha/tahun. Keperluan ini bergantung kepada keadaan tanah, di mana kawasan tanah yang mempunyai kesuburan yang rendah hendaklah ditambah sehingga 50 mt/ha/tahun. 

Isnin, 20 Jun 2011

EFB mulching

EMPTY FRUIT BUNCH (EFB) MULCHING SEBAGAI PRODUK SAMPINGAN.

Telah dibuktikan melalui kajian-kajian saintifik mahupun fizikal, tandan kosong (EFB) telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 29.00 mt /ha/ tahun dalam tempoh 8 tahun penggunaanya dengan kadar 87.5 mt EFB/ha/tahun. Peningkatan hasil ini bergantung kepada berapa banyak tandan yang diberikan dan juga tahap kesuburan tanah.
efb yang siap disusun


Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian