SUMBER PRODUK SAMPINGAN
Dengan keluasan 5000 ha. Ladang Ketengah Jaya Sdn. Bhd. mengeluarkan buah tandan segar (BTS) lebih kurang 200 mt/hari. Jika dikira hari bekerja 24 hari, ini bererti sudah ada 4800 mt/bulan. Jika tandan-tandan kosong ini tidak digunakan semula sebagai sungkupan (mulching), kilang kita akan menghadapi masalah untuk melupuskan tandan-tandan ini. Peraturan alam sekitar yang tidak membenarkan pembakaran secara terbuka dilakukan menambahkan lagi masalah di kilang sawit.
By-products ini boleh dimanfaatkan kepada pokok kelapa sawit muda mahupun yang telah matang. Dengan membuat mulching, bukan sahaja kilang malah pihak ladang juga mendapat manfaat daripadanya. Apa yang pihak kilang perlukan hanyalah sebuah jentolak untuk memindahkan tandan ini ke ladang. Pihak ladang pula menyediakan lori mengangkut untuk memunggahkan tandan-tandan ini ke kawasan yang hendak dibuat mulching dan tempat pengumpulan.
Untuk pokok muda tandan ini disusun di pangkal pokok sekurang-kurangnya satu lapisan dan 3-5 jalur sebanyak 30 tandan/pokok ataupun lebih kurang 15-30 mt/ha/tahun. Pada pokok matang lebih daripada 5 tahun tandan disusun mengikut lorong interrows mahupun di longgokkan pelepah kelapa sawit lebih kurang 1.5-1.8m lebar ataupun lebih kurang 25–40 mt/ha/tahun. Keperluan ini bergantung kepada keadaan tanah, di mana kawasan tanah yang mempunyai kesuburan yang rendah hendaklah ditambah sehingga 50 mt/ha/tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan