Selepas ketinggalan 1-0 di belakang jaringan Wayne Rooney pada minit ke-22, Bilbao bangkit beraksi garang apabila Fernando Llorente menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama.
Oscar de Marcos dan Muniain Iker terus menambah derita United apabila masing-masing menyumbat gol untuk Bilbao pada 18 minit terakhir perlawanan.
Rooney kemudian menambah koleksi jaringan United menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
"Kami dibelasah teruk," kata pengurus Manchester United, Alex Ferguson. "Bilbao adalah pasukan yang lebih baik. Pertahanan pada malam ini agak mengecewakan dan mengakibatkan kami ketinggalan di belakang.”
Manchester United akan menentang Athletic Bilbao di Stadium San Mames Khamis depan dan Ferguson berkata, beliau mungkin akan menurunkan Rio Ferdinand sebagai tunggak pertahanan selepas bintang United itu berehat daripada masalah kecederaan. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan