Khamis, 22 Mac 2012

Buruh ditemui mati di ladang kelapa sawit


BELURAN - Seorang pekerja buruh ditemui mati dengan kesan tetakan di tengkuknya di sebuah ladang kelapa sawit di Telupid, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Supritendan Sivanathan Velautham berkata, mayat mangsa, Muhammad Salleh, 46, dijumpai di atas motosikalnya oleh seorang pemandu traktor di kawasan Blok 94k Ladang Myvin pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Beliau berkata, polis yang pergi ke lokasi kejadian mendapati mangsa mati akibat ditetak dengan benda tajam.
Menurut beliau, mengikut laporan, mangsa telah bekerja di ladang itu sejak 10 tahun lalu.
"Polis mengklasifikasi kes itu sebagai bunuh dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.
Sivanathan berkata, polis sudah mengambil kenyataan daripada isteri dan beberapa rakan mangsa bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian