Rabu, 7 Mac 2012

Serang Iran: Israel peroleh jaminan AS

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, meninggalkan Washington dengan jaminan bahawa Amerika Syarikat bersedia mengambil tindakan ketenteraan bagi menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear tetapi bukan sekarang. 


Netanyahu yang menemui Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton, menunjukkan kepada dunia bahawa kesabaran Israel semakin menghilang dan jika perlu akan melancarkan serangan bersendirian.
“Sebagai perdana menteri Israel, saya tidak akan membuarkan rakyat saya hidung di bawah bayangan kemusnahan.
“Malangnya, program nuklear Iran terus bergerak. Israel sudah menunggu...untuk diplomasi berhasil, untuk sekatan berhasil. Kita tidak lagi mampu menunggu," katanya dalam ucaptama kepada 13,000 perwakilan persidangan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). 

Pada pertemuan di Rumah Putih sebelum itu, Obama memberi jaminan kepada Netanyahu bahawa beliau faham situasi yang dihadapi Israel. 

Bagaimanapun, beliau percaya masih ada peluang untuk menyelesaikan perkara itu secara diplomasi dengan Iran walaupun terdapat spekulasi bahawa Israel akan melancarkan operasi ketenteraan yang berisiko tinggi dalam masa terdekat. 

Walaupun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang diperkatakan di sebalik pintu Oval Office, Obama dikatakan tidak setuju dengan Netanyahu bahawa Iran kini satu ancaman. - AFP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jahanam amerika

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian