PUTRAJAYA - Proton Holdings Bhd. memilih “Preve” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.
"Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata
funtastickodesign.wordpress.com. - Gambar ihsan
memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu
hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.
"Oleh itu, kami memilih nama Preve (disebut Prae-vae), yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baharu itu sejauh
156 kilometer.
Syed Zainal Abidin berkata, Preve mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi. - BERNAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan