Kumbang Tanduk (Oryctis Rhinoceros)
Sesuatu masalah dapat dikenal pasti melalui pengamatan dan pemerhatian yang menyeluruh dalam satu-satu kawasan. Sebagaimana dengan kes kumbang tanduk yang telah dikesan menyerang anak sawit di Division Sungai Patang. haha...tempat aku kerjalah ni...kumbang ni memang dahsyat...kalau lambat buat pengawalan nanti habislah pokok kat ladang dihantam. terdapat dua tanda yang jelas untuk mengenal pasti serangan kumbang tanduk pada peringkat awal;
1) Pucuk yang kering
2) Terdapat lubang dibatang pokok.
Populasi Kumbang Tanduk.
Populasi kumbang tanduk pada tanaman kelapa sawit muda adalah berkait dengan teknik pembersihan yang dilakukan semasa penanaman semula kelapa sawit.
Populasi kumbang tanduk adalah rendah di kawasan yang dibersihkan (penebangan dan pembakaran yang sempurna pada tapak tanaman lama). Amalan pertanian yang baik adalah perlu untuk mengawal pembiakannya.
Kumbang betina biasanya bertelur dalam bahan organik seperti longgokan najis ternakan dan longgokan daun serta batang yang reput. Terdapat juga di dalam timbunan E.F.B. yang dibuat “murching” di ladang kelapa sawit..
Kumbang tanduk tergolong dalam kumpulan serangga perosak.
Nama saintifik - “Orytes Rhinoceros”
Nama biasa - Kumbang tanduk
Keluarga - Serangga
Tempat pembiakan:
- Timbunan bahan organik
- Dalam timbunan sampah
- Dalam potongan kayu dan potongan pokok sawit
- Tunggul kayu yang masih tertanam dalam tanah
- Dalam habuk kayu dan batang kayu
- Dalam timbunan tandan sawit
Kitaran kehidupan:
1) telur
2) larva
3) kepompong
4) dewasa
Kitaran hidup Kumbang Tanduk secara ringkas.
Tahap | Hari | Jangka masa (dari penyediaan telur) |
Telur- dalam bentuk bujur | 7 | 1 minggu ke atas |
Telur- dalam bentuk bulat | 5 | 1-2 minggu |
Larva “instar” pertama | 30 | 2-7 minggu |
Larva “instar” kedua | 50 | 5-14 minggu |
Larva “instar” ketiga | 125 | 2-7 bulan |
Sebelum kepompong | 7 | 6-7 bulan |
Kepompong | 20 | 7-8 bulan |
Dewasa | 8 | 7-8 bulan |
Banyak spesis pokok adalah sesuai sebagai perumah bagi kumbang tanduk. Antaranya ialah:
- Pokok kelapa
- Kelapa sawit
- Pokok nipah
- Pokok nibong
- Pokok sagu
Tanda-Tanda Serangan Kumbang Tanduk.
1) Mematah pucuk yang belum terbuka.
2) Pelepah mati dengan kesan gigitan jelas pada dasar pelepah.
3) Pelepah baru dipatahkan
4) Menebuk lubang dipangkal pelepah.
5) Kesan gigitan pelepah kelihatan pada daun pelepah.
6) Lubang yang ditebuk akan mati jika umbuk menjadi reput.
7) Kesan yang lama akan tumbuh pucuk baru dari lubang yang ditebuk.
8) Pelepah menjadi bentuk kipas.
Kumbang Tanduk (Oryctis Rhinoceros)
Langkah-Langkah Kawalan
Pengawalan kerosakkan bersepadu dari segi ekonomi, dan pemahaman sistem penjagaan tanaman merupakan kombinasi semulajadi, biologi, genetik dan kaedah pengawalan kimia, mencuba memaksimum produktiviti dengan mengurangkan kerugian ke atas persekitaran.
Teknik IPM dalam pengawalan kumbang tanduk:
- Biologi
- Kumbang dicemari dengan virus dan bebas untuk memulakan epizootic (projek penyelidikan)
- Kumbang dicemari dengan spora metarhizium dan bebas untuk mulakan epizootic.
- Cultural / agronomi
- Kekalkan tanah tumbuhan di antara barisan dan di antara kawasan pokok
- Menanam kekacang penutup bumi
- Memusnahkan kawasan pembiakan melalui proses makenikal / proses menghancurkan sisa tanaman.
- Masukkan hirisan batang pokok dalam parit yang besar
- Kutip larva dengan tangan
- Jarakkan penanaman semula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan