Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.
Pada Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.
Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lalu, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut. - BERNAMA
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pesakitmatiselepasalatkelaminnyaputusdigigittikus/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan