JOHOR BAHARU: Seorang lelaki ditemui mati ditembak di luar perkarangan Plaza Sentosa di Taman Sentosa di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob
berkata lelaki berusia 30-an itu mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di bahu kiri.
"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.50 pagi. Polis sedang menyiasat motif kejadian dan akan meneliti kamera litar tertutup di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zainuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan, Azman Mohd Nor, 32, ketika ditemui berkata dia sedang membuat rondaan di tingkat empat apabila terdengar bunyi letupan.
"Saya sangkakan bunyi tayar lori yang pecah dan apabila saya turun ke tingkat bawah, polis sudah sampai," katanya. - Bernama
Mari dari~klik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan