Khamis, 26 Januari 2012

RISDA akan belanja RM397 juta untuk tanam semula getah

IPOH: RISDA akan membelanjakan RM397 juta untuk melaksanakan program tanam semula getah membabitkan kawasan seluas 50,000 hektar tanah di seluruh negara. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata peruntukan itu sebahagian daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan kepada agensi itu tahun ini.

Katanya, program tanam semula itu membabitkan antara 30,000 hingga 40,000 peserta yang terdiri daripada pekebun kecil.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis perhimpunan pemaju masyarakat RISDA peringkat kebangsaan di Simpang Pulai sebentar tadi. 


sumber: klik sini

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian