LONDON - Apabila seorang pelakon komedi genius era 1920-an hingga 1940-an mencetuskan fenomena di seluruh dunia, ia menjadi satu kebanggaan kepada Britain.
Tetapi, kini identiti sebenar Charlie Chaplin @ Israel Thornstein mula dipersoalkan selepas perisik negara itu, M15 gagal membongkar maklumat peribadinya termasuk nama sebenar dan negara asal kelahirannya.
Teka-teki mula timbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan latar belakang pelakon mimik era filem bisu hitam putih tersebut yang telah meninggalkan negara itu pada 1952 selepas disyaki terlibat dengan rangkaian komunis.
Menurut beberapa dokumen awal, Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 di East Street, Walworth tetapi menerusi penemuan sijil kelahirannya di Somerset House di London, M15 merumuskan bahawa dia mungkin bukan berasal dari Britain kerana nama pada dokumen tersebut juga tidak sama seperti yang diketahui umum.
Hasil siasatan perisik M16 juga gagal mengesan tempat kelahiran sebenar Chaplin tetapi maklumat yang didedahkan oleh Arkib Kebangsaan menunjukkan pelakon yang meninggal dunia pada 1977 itu mungkin berasal dari Rusia kerana dia pernah menyatakan ‘mahu kembali semula ke Moscow’.
sumber asal~klik~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan