Kiwi adalah satu jenama untuk produk penggilap kasut. Ia dicipta pada 1906 di Australia. Setakat ini, Kiwi telah terjual hampir di 180 negara. Sejak 1984, jenama itu dimiliki syarikat Sara Lee Corporation.
Di bawah naungan syarikat ini, Kiwi menyerlah dan muncul sebagai jenama bagi produk penggilap kasut dan jenama dominan di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), di mana ia menguasai lebih kurang 2/3 dalam pasaran.
Produk penggilap mula dibangunkan di Australia oleh William Ramsay. William adalah individu yang bertanggungjawab mencipta jenama Kiwi.
Ilham tersebut diperoleh daripada fenomena burung endemik yang terbang ke Australia, iaitu kampung halaman isterinya, Annie Elizabeth Meek Ramsay. Kejayaannya di Australia berjaya diperluaskan ke negara-negara lain kerana produk penggilap kasut jenama Kiwinya digunakan tentera British dan AS semasa perang dunia pertama.
Produk Kiwi semakin berkembang sejajar dengan lambakan produk kulit lusuh. Penemuan Kiwi pada 1906 yang dicipta sebagai penggilap kasut pertama, muncul sebagai produk moden memberi kelainan.
Pada 1906, William mula melancarkan produk penggilap kasut tersebut dan dipasarkan di Melbourne.
Pada ketika itu, Kiwi berfungsi sebagai produk yang mampu mengawet produk kasut kulit, sekali gus menjadikannya tahan lama, kelihatan bersinar dan mampu mengembalikan warna asal.
Ketika Kiwi dengan warna lebih gelap diperkenalkan, ia muncul sebagai satu jenama ditambahkan dengan kekenyalan dan tahan air.
Sehingga kini, Kiwi tetap menjadi jenama penggilap kasut dominan di sebahagian besar dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan