Isnin, 20 Februari 2012

Sistem Clearfield tingkat hasil tuaian padi petani


Sistem Clearfield tingkat hasil tuaian padi petani
Syarikat kimia terkemuka dunia, BASF (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi),
berjaya meningkatkan peningkatan dalam hasil ­tuaian padi bagi 500 petani menerusi sistem pengeluaran Clearfield di Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor.

Penyelesaian inovatif oleh BASF ini memberikan nilai ketara dan faedah kepada petani melalui kawalan rumpai efektif, pengurangan kos pengeluaran, potensi peningkatan hasil dan tanaman yang lebih baik, sekali gus membantu mengurangkan kos keseluruhan, buruh dan penggunaan tenaga.

Pengarah Urusannya, Daniel Loh, berkata, sistem pengeluaran Clearfield adalah hasil daripada kajian intensif dan teliti, penyelidikan dan pembangunan lebih lapan tahun.

“Petani kini dapat menikmati penyelesaian mengelakkan kerugian akibat masalah padi dan menyebabkan kerugian hasil 2,000 ke 4,000 kilogram,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sistem pengeluaran Clearfield diiktiraf sebagai sistem pengawal padi angin terbaik kerana mampu mengawal padi angin dan rumpai lain di sawah padi.

Sistem itu adalah gabungan penggunaan biji benih rintang konvensional de­ngan racun rumpai bertujuan khas menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk mengawal rumpai dan seterusnya meningkatkan produktiviti.

BASF menjadi pemimpin pasaran yang pertama di rantau Asia Pasifik untuk memperkenalkan sistem pengeluaran Clearfield sejak dikomersialkan pada 2010, yang boleh diperoleh dari koperasi dan peruncit yang dilantik.
asalnya~klik~

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian