Khamis, 20 September 2012
Pencegahan cara terbaik elak sakit jantung, strok
KUALA LUMPUR — Pencegahan adalah pendekatan terbaik untuk bebas daripada serangan penyakit jantung dan strok, pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan, Datuk Dr. Azhari Rosman.
Beliau berkata, satu daripada empat wanita di negara ini mati akibat sakit jantung dan serangan strok.
"Penyakit kardiovaskular adalah satu daripada penyakit bahaya yang berlaku apabila terdapat gangguan bekalan darah ke jantung. Ia akan menyebabkan risiko serangan jantung.
"Penyakit kardiovaskular berlaku apabila seseorang itu mengalami hipertensi atau serangan darah tinggi dan berat badan berlebihan atau obesiti,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Jantung Sedunia 2012 di Akademi Perubatan Malaysia di sini.
Berdasarkan laporan data Survei Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 2011 (NHMS IV), daripada sejumlah 17,000 wanita yang terlibat dalam kajian, 29.4 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan dan 15 peratus mengalami masalah obesiti.— BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
-
Kepentigan melakukan basal pruning untuk pokok muda. Biasanya basal pruning ini dilakukan sebelum mulanya scout harvesting . Tujuan utam...
-
Sebelum menanam "lining" hendaklah dibuat terlebih dahulu. Ada 2 jenis "lining" untuk penanaman; ~ straight lining ...
-
5 FAEDAH PENGGUNAAN EFB MULCHING. 1. Tandan kosong (EFB) adalah sumber bahan organik yang baik serta sumber nutrien untuk pokok. 2. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan