Rabu, 7 Mac 2012

Lebih 1,000 peneroka bengang



Lebih 1,000 peneroka bengang
FELDA SEBERTAK – Lebih 1,000 peneroka di seluruh Felda Gugusan Bera termasuk di Felda Triang 1 ­mendesak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membayar insentif tanam semula dengan segera.

Mereka diwakili Persatuan Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS) mahu pembayaran hampir RM4,000 seorang itu dibayar sebelum men­jelangnya Pilihan raya Umum akan ­datang ini.

Pegawai Perhubungan Awam WAPS Bahagian Bera, Rosli Mohamad, 51, berkata, Skim Insentif Tanam Semula (SITS) yang diperkenalkan MPOB pada awal 2000 ber­tujuan menggalakkan peneroka ­menebang pokok sawit yang tua.

Menurutnya, kebanyakan pokok sawit pada ketika itu berusia lebih 25 tahun dan MPOB mahu ia ditebang memandangkan kuantiti minyak yang dihasilkan semakin kurang.

“Kami dijanjikan bayaran insentif oleh pihak MPOB melalui pihak ­pengurusan Felda supaya menebang ­pokok sawit yang tua. Jadi, kami menurut arahan itu setelah dijanjikan dengan bayaran setimpal kerana sepanjang tempoh menunggu hasil baru dikutip, sekurang-kurangnya kami mempunyai sedikit simpanan untuk perbelanjaan harian,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini, bayaran itu masih belum diterima ­sedangkan ada yang sudah menebang antara tahun 2004 hingga 2010. Katanya, hanya peneroka di Felda Rentam, Mayam, Purun dan Kepayang termasuk di Felda Gugusan Tembangau yang sudah menerima pembayaran itu.

Rosli berkata, perkara ini juga ­sudah beberapa dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan rancangan (JKKR) tetapi jawapan yang diberikan pihak Felda tidak meyakinkan mereka.

“Mereka hanya mampu menjanjikan perkara ini akan dibayar MPOB tetapi tidak pernah menyatakan bila akan menerima insentif tersebut. Kami mahu perkara ini diselesaikan sebelum PRU ini atau kami langsung tidak akan menerima insentif itu kerana perkara ini akan dilengah-l­engahkan lagi dalam tempoh lima ­tahun akan datang sehingga tiba PRU ke-13 pula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan WAPS Felda Kumai, Mohd Rofi Said, 51, berkata, pihak Felda sendiri tidak boleh memastikan perkara ini. Katanya, seharusnya Felda ­mengambil serius perkara ini kerana ia melibatkan masalah peneroka.

“Kami tidak mahu perkara ini ­dipolitikkan pembangkang tetapi jika ia berlarutan, pasti akan menjadi salah satu topik hangat yang bakal digunakan pihak terbabit. Jadi, sebelum hal ini menjadi isu berat, kami harap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Bagi Setiausaha WAPS Felda Triang 1 pula, Kamaruzaman Mohd Noh, 51, berkata, jika peneroka lain yang menerima insentif didakwa ­sebagai penyokong kerajaan Barisan nasional (BN), mereka juga adalah penyokong BN.

Menurutnya, sepatunya mereka juga layak menerima bayaran dan ­tidak perlu menunggu lama.

“Bagi peneroka yang menebang pokok sejak 2004, mereka terpaksa menunggu hampir tujuh tahun bagi mendapatkan insentif. Keadaan ini tidak adil kerana peneroka di Felda Rentam dan Mayam yang menebang pada tahun sama ­sudah pun menerima pembayaran insentif itu, baru-baru ini,” katanya.

Kamaruzaman berkata, apabila perkara ini berlaku, sudah pasti ­timbul rasa tidak puas hati dalam ­kalangan peneroka menyebabkan mereka t­awar hati dengan pucuk kepimpinan BN.

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian