ALOR GAJAH - Dua cedera parah dan seorang cedera ringan selepas terbabit dalam satu kekecohan menggunakan senjata tajam melibatkan tujuh lelaki di sebuah ladang di Kuala Sungai Baru, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tujuh lelaki terbabit berusia di antara 30 dan 53 tahun dipercayai bergaduh sesama sendiri di sebuah berek perumahan pekerja berpunca daripada perselisihan faham.
Akibat kekecohan itu, dua daripada mereka cedera parah di kepala manakala seorang lagi cedera di badan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh empat lelaki yang juga rakan mereka sendiri.
Saksi yang juga ketua pengawal ladang, R Rajunali, 66, berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.45 malam mengatakan berlaku kekecohan antara beberapa pekerja di ladang berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang meronda di sekitar ladang dan bergegas ke lokasi kejadian bagi memastikan aduan yang diterima sebelum mendapati beberapa pekerja lelaki bergaduh sesama mereka.
“Saya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tujuh pekerja ladang bergaduh menggunakan senjata tajam dan tumpul di kawasan berek perumahan pekerja. Saya melihat mangsa rebah dan terus menghubungi pengurus ladang bagi memaklumkan kejadian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berpunca dari perselisihan faham di antara pekerja sebelum tercetus kekecohan.
Siasatan awal polis mendapati, kumpulan lelaki yang juga pekerja ladang berkenaan, berkumpul dan berbual sesama mereka, jam 11.30 malam kelmarin sebelum mereka bertikam lidah.
Menurutnya, empat daripada lelaki berkenaan kemudiannya berang selepas berlaku perselisihan faham sebelum menyerang tiga rakannya dengan mencapai parang, sabit dan kayu belantan.
“Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati tiga mangsa terbaring di jalan dalam keadaan berlumuran darah sebelum menahan empat suspek bagi membantu siasatan,” katanya.
Abd Rahman berkata, ketiga-tiga lelaki yang menjadi mangsa serangan dihantar ke Hospital Melaka menggunakan dua ambulans dari Klinik Kesihatan Lubok China dan Masjid Tanah untuk rawatan lanjut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
-
Kepentigan melakukan basal pruning untuk pokok muda. Biasanya basal pruning ini dilakukan sebelum mulanya scout harvesting . Tujuan utam...
-
Sebelum menanam "lining" hendaklah dibuat terlebih dahulu. Ada 2 jenis "lining" untuk penanaman; ~ straight lining ...
-
5 FAEDAH PENGGUNAAN EFB MULCHING. 1. Tandan kosong (EFB) adalah sumber bahan organik yang baik serta sumber nutrien untuk pokok. 2. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan