Sabtu, 28 April 2012

Kemalangan di tempat kerja masih tinggi - MTUC


KUALA LUMPUR – Kemalangan di tempat kerja di Malaysia terus meningkat dengan 57,639 kes dilaporkan pada 2010 berbanding 55,186 pada 2009, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam.

Katanya, angka itu yang berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dianggap tinggi jika dibanding dengan jumlah tenaga kerja yang ada.
"Kita sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang kecil, justeru bilangan pekerja juga tidak ramai. Yang tinggi cuma kemalangan berkaitan kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu sempena hari memperingati pekerja yang cedera dan meninggal dunia peringkat antarabangsa yang jatuh pada hari ini.
Kira-kira dua juta maut akibat kemalangan di tempat kerja di seluruh dunia sejak 17 tahun lepas, manakala 1.2 juta lagi cedera dan 160 juta jatuh sakit akibat terdedah kepada keadaan tempat kerja yang tidak selamat, tidak sihat dan tidak sesuai. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian