ARUS kemajuan dan pemodenan yang dialami negara menyebabkan sektor perladangan kini seolah-olah terpinggir, walaupun satu ketika dulu ia adalah sumber utama hasil ekonomi negara. Ekonomi
berasaskan sains dan teknologi kini mendominasi sebahagian besar peluang pekerjaan menyebabkan rakyat hilang minat terhadap sektor perladangan, atau lebih tepat lagi bidang pertanian. Bermula dengan perladangan getah dan kemudian kelapa sawit, industri berkenaan mampu memberi sumbangan terbesar kepada hasil pendapatan negara tetapi kini dengan kemajuan pesat industri lebih moden, sektor perladangan dianggap ketinggalan zaman dan tidak menguntungkan. Keadaan ini turut menimpa pekerja perladangan yang mengalami nasib sama dan hidup di bawah paras kemiskinan. Sesuai dengan transformasi yang dialami negara, adalah wajar sektor perladangan distruktur semula seperti yang disarankan Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Tujuannya ialah supaya ia lebih kompetitif dan dapat menarik lebih ramai pekerja tempatan menyertai sektor itu. Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa kebajikan pekerja ladang agak ketinggalan selama ini berbanding sektor lain. Kita tidak boleh menafikan kebajikan pekerja sektor berkenaan sering terabai, sedangkan pada tahun lalu saja, pekerja ladang sawit adalah antara penyumbang ekonomi terbesar negara dengan keuntungan eksport berjumlah RM80 bilion.
Sikap majikan yang tidak prihatin kebajikan pekerja boleh dianggap zalim dan tidak adil, sedangkan keuntungan yang dikaut adalah hasil tulang empat kerat mereka. Kebajikan pekerja yang saban hari membanting tulang di ladang patut dijaga dan diberi perhatian sewajarnya. Jika keadaan itu berterusan, tidak mustahil tidak ada rakyat tempatan berminat menyertai sektor perladangan. Justeru, menerusi langkah penstrukturan yang dicadangkan Perdana Menteri, diharapkan pekerja tempatan yang berjumlah 83,000 orang dalam industri perladangan dapat dipertingkat. Inisiatif konglomerat seperti Sime Darby mendirikan Kompleks Perumahan dan Pengurusan dengan kos RM37 juta di Ladang Tennamaram di Bestari Jaya, Selangor patut menjadi contoh kepada semua syarikat perladangan di negara ini. Kita yakin pekerja yang berpuas hati dengan kebajikan disediakan majikan mampu membantu syarikat meningkatkan produktiviti dan keuntungan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap syarikat perladangan memastikan kebajikan pekerja dijaga dengan baik, termasuk menyediakan tempat tinggal yang selesa serta kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang sempurna. Konsep pembangunan semula ini wajar diperluas meliputi keseluruhan sektor pertanian dengan tujuan menambah baik taraf kehidupan peladang dan pekebun yang mengusahakan hasil tanaman mereka.
suara pengarang~http://www.bharian.com.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
-
Kepentigan melakukan basal pruning untuk pokok muda. Biasanya basal pruning ini dilakukan sebelum mulanya scout harvesting . Tujuan utam...
-
Sebelum menanam "lining" hendaklah dibuat terlebih dahulu. Ada 2 jenis "lining" untuk penanaman; ~ straight lining ...
-
5 FAEDAH PENGGUNAAN EFB MULCHING. 1. Tandan kosong (EFB) adalah sumber bahan organik yang baik serta sumber nutrien untuk pokok. 2. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan