KUALA LUMPUR - Pekerja sektor swasta hanya boleh bersara wajib setelah mencapai umur 60 tahun, yang ditetapkan sebagai umur persaraan minimum apabila Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 berkuat kuasa.
Rang undang-undang itu dibaca kali pertama pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang majikan tidak boleh membersarakan secara pramasa seorang pekerja yang belum mencapai umur persaraan minimum.
Menurut rang undang-undang itu, walau apapun umur persaraan minimum, seorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.
Bagi pekerja yang memilih untuk bersara lebih awal daripada umur persaraan minimum, kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang ditandatangani sebelum itu akan disifatkan terbatal apabila akta ini berkuat kuasa.
Rang undang-undang itu turut memperincikan bahawa pekerja yang dibersarakan secara pramasa, boleh mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh persaraan.
Sekiranya Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan semula pekerja itu kepada pekerjaan asalnya, dan membayar semula tunggakan gaji bermula dari tarikh pekerja itu dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pengembalian semula kerja tersebut.
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah juga boleh mengarahkan supaya majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih dari amaun keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dia dibersarakan sehingga tarikh pekerja tersebut mencapai umur persaraan wajib.
Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi, majikan boleh didenda tidak lebih RM10,000 jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, rang undang-undang ini tidak terpakai bagi seseorang yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.
Ia juga tidak terpakai bagi seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan, pekerja bukan warganegara, perkhidmat domestik, seseorang yang waktu kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang diambil bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.
Seseorang yang telah bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini, dan kembali bekerja selepas itu, juga tidak tertakluk kepada akta ini. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
-
Kepentigan melakukan basal pruning untuk pokok muda. Biasanya basal pruning ini dilakukan sebelum mulanya scout harvesting . Tujuan utam...
-
Sebelum menanam "lining" hendaklah dibuat terlebih dahulu. Ada 2 jenis "lining" untuk penanaman; ~ straight lining ...
-
5 FAEDAH PENGGUNAAN EFB MULCHING. 1. Tandan kosong (EFB) adalah sumber bahan organik yang baik serta sumber nutrien untuk pokok. 2. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan