Khamis, 12 Julai 2012

Jangan abai keselamatan


HUTAN MELINTANG: Seramai 40 buruh ladang terpilih yang bekerja di beberapa ladang kelapa sawit di sini, dibekalkan topi keledar dan jaket keselamatan yang disumbangkan Pejabat Pertubuhan Keselamatan (Perkeso), Hilir Perak, sempena kempen keselamatan dianjurkan agensi
berkenaan.
Kempen Kesedaran Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja itu diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia pada 22 April lalu sebagai satu inisiatif khas bagi memberi kesedaran kepada pekerja ladang supaya menitik beratkan keselamatan ketika bertugas.

Pengurus Perkeso Hilir Perak, Sharifah Anisah Sayed Harun berkata, berdasarkan rekod, lima kes kemalangan serius berlaku di tempat kerja di kawasan ini sepanjang tahun lalu dianggap yang tertinggi di Daerah Hilir Perak.
Beliau berkata, pihaknya menganjurkan kempen keselamatan itu bagi memberi panduan kepada pekerja ladang mengenai amalan keselamatan yang perlu dipraktikkan di tempat kerja.

“Berdasarkan rekod di seluruh negara, sebanyak 195 kes kemalangan dilaporkan berlaku di tempat kerja sepanjang tahun lalu terutama di ladang kelapa sawit.

“Daripada jumlah itu, 153 kes berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja manakala, 12 kes berlaku di tempat kerja dan selebihnya membabitkan kemalangan ketika waktu rehat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen berkenaan di sini baru-baru ini.


Katanya, Perkeso melaksanakan kempen itu bagi memberi panduan kepada pekerja mengenai tindakan asas yang perlu dilakukan sekiranya berdepan kemalangan.

Sharifah Anisah berkata, pihaknya berharap pekerja berkenaan dapat meningkatkan tahap kesedaran bagi mengurangkan kes kemalangan lebih serius.
Sementara itu, seorang pekerja keselamatan di sebuah ladang kelapa sawit, Roziyana Adnan, 38, berkata, dia berterima kasih kepada Perkeso kerana menghadiahkan topi keledar dan jaket keselamatan itu.

“Sumbangan itu memberi inspirasi kepada saya untuk lebih berhati-hati ketika dalam perjalanan pergi dan pulang kerja,” katanya.

~ myMetro~

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian