Rabu, 11 Julai 2012

Gagal daftar Perkeso: Pemilik kedai didenda



KUALA LUMPUR — Seorang pemilik kedai jahitan hari ini didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah tidak mendaftar perusahaannya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Majistret Nurdiana Mohd. Nazari turut memerintahkan Yong Chee Leong, 43, mendaftarkan premisnya Romance Fashion dengan Perkeso dalam tempoh 14 hari.
Chee Leong yang mempunyai seorang pekerja ketika kejadian didakwa melakukan kesalahan itu di No 54, Jalan Bunga Tanjung, Taman Muda Cheras, di sini pada 8.30 pagi, 31 Jan 2010. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian