Jumaat, 22 Jun 2012

UM temui BioPro Diesel dari sisa minyak sawit


KUALA LUMPUR — Penyelidik Universiti Malaya hari ini mengumumkan penemuan mereka bagi BioPro Diesel, penggantian diesel sepenuhnya, daripada efluen kilang minyak sawit, yang berpotensi menjana RM40 bilion setahun di samping tiada sisa buangan.

Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UM (UMCIC), Dr. Badrul Mohamed Jan berkata, BioPro Diesel hasil proses bio, mengandungi 100 peratus sisa yang tidak diingini daripada industri minyak sawit.
"Ia telah diuji dengan jayanya pada Mitsubishi Storm, yang mempunyai enjin diesel komersial,” kata beliau pada taklimat media.
Efluen kilang minyak sawit, selepas melalui proses bio, akan menghasilkan lima peratus BioPro Diesel, 65 peratus air osmosis berbalik serta 35 peratus baja bio, dengan itu menjadikan tiada sisa buangan serta akan membantu pengilang minyak sawit mengurangkan keperluan untuk kolam penyimpanan.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian