Isnin, 25 April 2011

Kelapa Sawit

Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis) berasal dari afrika barat antara Angola dan Gambia.

Sejarah kelapa sawit di Malaysia

Industri sawit Malaysia  bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911-1912. 

Perladangan kelapa sawit di Malaysia

Industri sawit Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan.


Pemilihan anak sawit

Penakaian atau culling dibuat adalah untuk memilih pokok yang normal sahaja untuk ditanam di ladang. Kesilapan dalam pemilihan anak sawit yang baik implikasinya akan ditanggung sepanjang hayat pokok2 yang ditanam di ladang.  Biasanya culling dilakukan ketika anak sawit berumur 8/9 bulan dan sebelum ditanam di ladang. Antara pokok yang perlu diculling...

Chimaera
Flat top form
Juvenile form
Limp or Flaccid form
Shot internode giving
Wide internode
Narrow pinnae


Masa paling sesuai untuk pindah ke ladang

ketika anak sawit berumur 12 bulan untuk nursery single stage dan 13 - 14 bulan untuk 2 stage nursery. Sebelum  anak sawit dipindah ke ladang root pruning "rocked" dilakukan bagi tujuan memutuskan separuh akar yang berada dalam tanah. Kerja2 ini dilakukan dua minggu sebelum anak sawit pindah ke ladang.

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian