Ahad, 24 April 2011

duniasawit

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Mengapa blog ni aku beri nama dunia sawit? Sebab utamanya... inilah kerja aku, dah hampir satu dekad aku setia ngan kerja aku ni. Dunia sawit walaupun tak sepopular kerja2 lain namun sumbangan kelapa sawit kepada ekonomi negara memang tidak dapat dinafikan bergitu saja.

Kerja dalam bidang ini memerlukan bukan sahaja mental malah fizikal juga perlu kuat. Kerja dalam bidang sawit ni unik sedikit dari kerja2 yang lain.Mengapa aku kata begitu? Uniknya kerana seawal pagi 6.30 pg kerja dah bermula dan berakhir jam 5 ptg. Kebanyakkan kerja dalam bidang lain bermula pukul 8 pg mahupun 9 pg. Orang masih dibuai mimpi aku dah mula kerja...ha..ha..unikkan?

Apa yang aku mahu tulis dalam ni adalah hasil dari pengalaman aku dalam bidang ni selama 15 tahun. Jadi rasanya tidak rugi andainya aku mahu kongsi pengalaman ini kepada sesiapa yang ada keinginan untuk membuka ladang kelapa sawit mahupun yang berminat kerja dalam sektor ini. Mahu diingat ini adalah catatan pengalaman sahaja tidak boleh untuk dijadikan sumber rujukan akademik. Kalau yang berminat untuk mengusahakan ladang sawit, disini saya  nasihatkan supaya membeli anak sawit dengan pengusaha yang berdaftar dengan MPOB sahaja untuk mengelakkan ditipu.

Akhir kata..jadikan lah pertanian sebagai satu perniagaan.......

sekian.....

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian