Itulah angka yang tercatat di bank pusat, Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasuk wang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank yang tidak direkodkan BI.
Kiriman dari Asia Barat dan Afrika berjumlah AS$2.4 bilion dengan sebahagian besarnya dari Arab Saudi iaitu Rp2.0 bilion, kiriman dari Amerika berjumlah AS$129 juta manakala kiriman dari kawasan Eropah dan Australia pula berjumlah AS$22.3 juta.
"Secara keseluruhan, kiriman 2011 yang berjumlah AS$6.1 bilion mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan kiriman 2010 yang berjumlah AS$6.7 bilion," katanya. - BERNAMA
Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AS_2_1biliondikirimpulangpekerjaIndonesiadiMalaysia/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan