HANLEY (kanan) meraikan gol kemenangan Blackburn Rovers di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - REUTERS
LONDON: Jaringan minit ke-80 oleh Grant Hanley mencipta ceria buat pasukan
tercorot Blackburn Rovers yang menafikan sambutan hari jadi ke-70 Alex Ferguson dengan kemenangan mengejutkan 3-2 di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Lebih perit dua gol Ayegbeni Yakubu membuat cabaran United goyah dan menafikan peluang Red Devils untuk memintas Manchester City di tangga liga dan menerajui pada posisi teratas di Tahun Baru.
Begitupun, selang seminit, Dimitar Berbatov yang sebelum ini menjadi punca sepakan penalti pada babak pertama, menghasilkan jaringan semangat sebelum meledak gol penyamaan pada minit ke-61.
Blackburn sebelum ini mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Liverpool pada pertemuan, Isnin lalu namun masih kekal berada dalam zon penyingkiran. – Agensi
Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BlackburncalarreputasiManUnited/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan