JAKARTA: Forum Ketelusan Bajet Indonesia kelmarin, memberi amaran bahawa negara mungkin kerugian Rp38 bilion (RM13.25 juta) akibat penggelapan dana dalam organisasi haji tahun lalu.
Penyelaras Bahagian Penyiasatan dan Penambahbaikan Forum Indonesia Untuk Ketelusan Belanjawan (Fitra) Uchok Sky Khadafi, mengandaikan wang itu diambil dalam bentuk kenaikan sesetengah yuran.
Namun, laporan BPK menunjukkan kerajaan membayar 3,022 riyal (RM2,554.60) untuk setiap jemaah Indonesia berjumlah 200,000 orang.
“Secara terang-terangan ada kenaikan dan ia adalah perkara paling teruk berlaku kepada jemaah yang pergi menunaikan ibadah haji,” kata Uchok.
Sementara itu, Fitra berkata, kerajaan berhenti membayar Rp893 juta (RM311,389.508) elaun pakaian untuk presiden selepas kritikan meluas.
Pada Oktober 2010, Fitra mengkritik peruntukan diberi kepada presiden, termasuk elaun pakaian presiden.
Bagaimanapun, presiden menolak tuduhan itu kerana beliau tidak pernah menggunakan dana negara membeli pakaian.
– Agensi
Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Danajemaahhajidiseleweng/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan