Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik, berkata 2012 adalah tahun yang mencabar bagi kumpulan dengan hanya memiliki 32,000 hektar tanah ladang sawit di Terengganu.
“Jumlah itu masih belum berupaya menjadikan kumpulan sebagai peserta industri sawit yang hebat.
“Oleh itu kita akan menyediakan peruntukan RM300 juta bagi pembangunan kumpulan pada tahun ini,” katanya selepas majlis penyampaian tauliah Kod Amalan Pertanian Yang Baik bagi Estet Kelapa Sawit dan Pekebun Kecil daripada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) kepada Pengerusi TDM Plantation Sdn Bhd, Datuk Mohd Jidin Shafee di Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama ialah Ketua Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari dan Ketua Eksekutif TDM Plantation, Abdul Halim Yusoff.
Roslan berkata, TDM juga memberi tumpuan dalam satu lagi bidang berpotensi iaitu kesihatan. – BERNAMA
klik~http://www.bharian.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan