Jumaat, 6 Januari 2012

Tevez sedia berhijrah ke AC Milan


Carlos Tevez
Carlos Tevez
ROM: Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez dilaporkan bersedia untuk menolak tawaran beraksi di Inter Milan selepas mendapat tawaran bermain dengan kelab jiran AC Milan, demikian menurut agennya, Kia Joorabchian. 

Ketika Pengarah Teknikal Inter Milan, Marco Branca, tiba di England untuk bertemu pegawai Manchester City semalam, Joorabchian pula mengadakan perbincangan dengan Ketua Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani di Rio.

Joorabchian memberitahu media Itali bahawa beliau lebih berharap untuk mencapai persetujuan dengan AC Milan berbanding Inter.
“Kami berada di sini (Rio) untuk memuktamadkannya dengan AC Milan. Kami tidak mendapat apa-apa berita daripada Inter sejak Ogos," katanya. 

Selain dua kelan dari Milan itu berminat untuk mendapatkan Tevez, kelab pendahulu liga Perancis, Paris Saint-Germain dipercayai mempunyai minat untuk membawa pemain berusia 27 tahun itu ke kelab berkenaan. - AFP 



dari~Berita harian

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian