KUALA LUMPUR -- Harga getah Malaysia dijangka tinggi minggu depan berikutan kebimbangan akan bekalan terhad, kata para peniaga.
Seorang peniaga berkata walaupun pasaran tempatan dijangka mengambil petunjuk daripada pasaran niaga hadapan serantau yang lemah, berikutan penurunan harga minyak, bekalan terhad akan menyokong harga.
"Penurunan bekalan di negara-negara pengeluar utama akan menyokong harga," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, harga getah Malaysia bergerak sejajar dengan Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Niaga Hadapan Getah Shanghai.
Bagi asas mingguan, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun dua sen kepada 1,115.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 15 sen kepada 778 sen sekilogram.
Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 susut 5.5 sen kepada 1,112 sen sekilogram pada Jumaat manakala susu getah pukal meningkat 13.5 sen kepada 778 sen sekilogram.
sumber~klik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian
-
Kepentigan melakukan basal pruning untuk pokok muda. Biasanya basal pruning ini dilakukan sebelum mulanya scout harvesting . Tujuan utam...
-
5 FAEDAH PENGGUNAAN EFB MULCHING. 1. Tandan kosong (EFB) adalah sumber bahan organik yang baik serta sumber nutrien untuk pokok. 2. ...
-
Sebelum menanam "lining" hendaklah dibuat terlebih dahulu. Ada 2 jenis "lining" untuk penanaman; ~ straight lining ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan