
Malaysia mengeksport barangan komoditi bernilai RM130 bilion ke luar negara tahun lalu, sekali gus membuktikan produk negara diterima masyarakat dunia.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, daripada jumlah itu, kelapa sawit dan barangan hiliran menghasilkan nilai eksport RM80 bilion.
Menurutnya, komoditi berasaskan getah pula memberi nilai eksport RM20 bilion, manakala selebihnya RM30 bilion adalah komoditi seperti koko dan kenaf.
Katanya, jumlah eksport barangan komoditi yang tinggi memberi manfaat besar kepada mereka yang terbabit dalam industri itu.
“Jumlah eksport negara dijangka terus meningkat tahun ini, berikutan banyak permintaan dari negara luar yang berminat terhadap produk Malaysia.
“Usaha mempromosikan produk komoditi Malaysia terus diadakan di negara-negara seperti Jepun, China, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan negara-negara di Eropah,” katanya selepas program Bicara Tokoh Mahasiswa Pemangkin Perpaduan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
sumber~klik je....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan