Rabu, 29 Februari 2012

PAS Perak Dakwa JATI Sebahagian Daripada BN


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Perak (DPP Perak) mendakwa pertubuhan Jalur Tiga (JATI) yang dipimpin Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai agen UMNO.


Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa, JATI dan Hasan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) yang berhasrat memastikan pakatan pembangkang yang  disertai PAS tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Kami tidak terkejut dengan majlis pelancaran atau perasmian JATI baru-baru ini yang menunjukkan seolah-olah pertubuhan itu badan yang memelihara Islam, Melayu dan institusi Raja (IMR).
“Tetapi kami mempersoalkan bagaimana JATI yang kini menjelajah seluruh negara bergerak dengan keadaan ‘luar biasa’ walaupun sedangkan baru dilancar, Siapa yang ‘memudahkan’ JATI dan Hasan menjelajah ke seluruh negara dan siapa menjana kewangan JATI yang terlalu besar,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Raja mendakwa, DPP Perak melihat Hasan sebenarnya berhasrat menggunakan elemen IMR untuk memastikan rakyat menolak pakatan pembangkang dan secara halus memastikan kemenangan berpihak kepada BN dengan menggunakan tiga fokus tersebut.
Malah, katanya, beliau kesal apabila Hasan melemparkan tuduhan berat yang menggambarkan pakatan pembangkang menolak tiga elemen utama terbabit di dalam Perlembagaan Negara
Dakwanya, tindakan itu Itu menunjukkan Hasan cuba menghasut rakyat dengan melemparkan fitnah yang membahaya negara kerana mana-mana pihak yang menafikan kepentingan IMR bermakna menolak Perlembagaan Negara. – mynewshub.my

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian