Rabu, 29 Februari 2012

Nepal Mahu Selesaikan Isu Gunung Everest


Nepal – Pihak berkuasa Nepal memohon bantuan antarabangsa bagi menyelesaikan perbalahan mengenai ketinggian sebenar Gunung Everest selepas China tidak berpuas hati dengan ukuran sebelum ini iaitu 8.848 meter yang diukur pada 2010.

China ketinggian sebenar gunung tertinggi di dunia itu adalah empat meter lebih rendah berbanding ukuran yang ditetapkan oleh Nepal.
Ini kerana, negara berkenaan mahu ketinggian Everest diukur pada batunya sahaja, tidak termasuk ais dan salji yang menyelubunginya.
Namun Nepal mempertahankannya dengan menegaskan bahawa ukuran salji dan ais juga perlu diambil kira, sama seperti ukuran yang dilakukan terhadap gunung-gunung lain di dunia.
Berikutan perbalahan berkenaan, Nepal memohon bantuan antarabangsa bagi mendapatkan ketinggian sebenar Everest dan secara rasmi diiktiraf seluruh dunia.
Bagaimanapun dalam melaksanakan perkara berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Nepal, Krishna Raj BC berkata, pihaknya berdepan  masalah dana dan teknologi terkini.
“Kami memerlukan data daripada graviti dan sistem GPS untuk mendapatkan gambar sebenar Everest dan untuk memastikan teknologi ini berfungsi, kami memerlukan sherpa untuk turut dan naik ke gunung berkenaan bersama pakar.
Krishna bagaimanapun menolak dakwaan projek berkenaan terlalu mengharapkan bantuan asing.
Perbalahan mengenai ketinggian Everest ini bermula sejak ukuran pertama dilakukan pada 1856.
Namun pada 1955, pasukan dari India telah membuat ukuran semula dan mengisytiharkan ketinggiannya adalah 8.848 meter.
Sejak itu ukuran berkenaan diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.
Bagaimanapun pada 1999, sepasukan pakar dari Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi GPS telah merakamkan ketinggian Everest adalah 8,850 meter, iaitu ukuran yang kini digunakan oleh US National Geographic Society, namun ia ditolak oleh Nepal.

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian