Isnin, 21 Januari 2013

300 piket tuntut gaji


KEMAMAN – Kesal kerana mendakwa gaji tidak dibayar dan tertunggak, seramai 300 pekerja syarikat sub kontraktor di bawah PFCE Bhd mengadakan piket di hadapan Pejabat PFC Engineering Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Petronas Kerteh, semalam.

Kesemua mereka berkumpul di hadapan pintu pagar seawal jam 9 pagi, sambil membawa sepanduk bagi meluahkan perasaan seterusnya menggesa gaji mereka yang tertunggak antara tiga hingga lima bulan dibayar segera.

Wakil pekerja, Sayoti Mustafa, 45, mendakwa, mereka berkumpul sebagai mewakili kira-kira 2,000 pekerja di Projek Plant Rejuvenation Revamp 2 (PRR 2) di Loji Memproses Gas (GPP) 3 yang tidak dibayar gaji sejak September tahun lalu, hingga mendatangkan pelbagai kesulitan.

“Tiga bulan saya tidak dibayar gaji dan ia sangat membebankan, kerana hilang punca pendapatan, sedangkan dalam tempoh itu saya perlu tanggung keluarga.

“Selain itu, ada juga kereta rakan sekerja ditarik gara-gara mereka gagal jelaskan ansuran bulanan,” katanya.

Berikutan gaji tertunggak, kebanyakan pekerja mengambil keputusan untuk tidak lagi datang bekerja sejak 7 Januari lalu.

Seorang lagi pekerja yang juga bapa kepada tujuh anak, Zalmizi Sahar, 44, dari Bandar Seri Bandi berkata, dia terpaksa berhutang dengan rakan dan ibu bapa bagi menampung kos perbelanjaannya sekeluarga sejak tiga bulan.

“Apabila tidak dapat gaji, saya rasa terbeban hingga kami sekeluarga terpaksa berjimat dan ikat perut, tambahan pula isteri tidak bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif PFCE Bhd, Datuk Abu Talib Mohamed berkata, pihaknya bersedia membayar gaji kepada semua pekerja yang mendakwa tidak menerima gaji dan meminta syarikat sub kontraktor agar menyediakan senarai nama pekerja terbabit bagi menyelesaikan masalah itu.

Katanya, PFCE Bhd sudah membuat pembayaran kepada syarikat sub kontraktor dan sepatutnya bayaran gaji pekerja dijelaskan oleh mereka.

“Kita mempunyai 41 sub kontraktor yang membekalkan tenaga kerja kepada kita, tetapi yang membuat tuntutan hanyalah pekerja dari tiga sub kontraktor.

"Kita sudah bayar kepada mereka, tetapi tidak bayar penuh sebab ada perbezaan jumlah yang dituntut dengan nilai yang kita kira.Mungkin sebab kes ini, mereka tidak bayar gaji kepada pekerja.

“Jadi, kita minta syarikat sub kontraktor menyediakan senarai nama pekerja dan PFCE akan dahulukan pembayaran gaji kepada mereka,” katanya.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good day I am so glad I found your web site, I really found you by accident, while I was looking
on Askjeeve for something else, Anyhow I am here now and would just like to say thanks
a lot for a incredible post and a all round entertaining blog (I also love the theme/design), I don’t have time to go through it all at the minute but I
have saved it and also added your RSS feeds, so when I
have time I will be back to read a great deal more, Please do keep up the awesome
work.

Look into my web blog; quantrim reviews
my website - quantrim scam

zamri berkata...

tq...

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian