Rabu, 16 Januari 2013

Seorang lagi mangsa letupan kilang sawit maut


HULU TERENGGANU - Seorang lagi mangsa kejadian letupan di kilang memproses kelapa sawit di sini lewat petang semalam, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, menjadikan angka kematian kepada empat orang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd. Ismail Muslim berkata, Mohd. Razlan Mokhtar, 25, berasal dari Kuala Berang meninggal dunia kira-kira 9.30 pagi ini.

"Mangsa meninggal selepas hampir 13 jam dirawat di HSNZ setelah melecur hampir 90 peratus anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

dari~http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian

Label 'Tanpa Minyak Sawit' tidak adil - Bisnes - Sinar Harian